Tips Untuk Kurus Tanpa Perlu Berlapar

Antara masalah utama seseorang untuk kurangkan berat badan atau kurus adalah kerana keinginan yang terlampau untuk makan. Tetapi, ada berita baik untuk anda yang ada masalah ini, kerana saya akan memperkenalkan kaedah untuk kurus tanpa perlu berlapar! Strategi yang terbaik adalah sangat  mudah, iaitu makan makanan yang penut nutrisi sepanjang hari.


Daripada kita memberi tumpuan kepada berapa banyak yang dimakan, adalah lebih berkesan jika kita melihat apa yang dimakan. Ini kerana, hampir mustahil untuk kita makan lebih banyak jika di dalam pinggan kita dipenuhi dengan makanan berserat tinggi yang membekalkan nutrien. 


Bagaimana Memulakannya?


Perubahan yang drastik pada diet kadangkala sukar untuk dikekalkan dan tidak tahan lama. Jadi, pastikan anda mengambil langkah yang perlahan-perlahan tetapi berterusan, ambil satu langkah pada satu masa. Mulakan dengan satu pergantian makanan dan perlahan-lahan cuba yang lain pula. 

Seeloknya gantikan makanan berasaskan tumbuhan dalam makanan anda. Antara pergantian makanan yang boleh dibuat adalah :

Daripada : Susu haiwan
Perbanyakkan : Susu badam, beras, rami, soya atau santan (tanpa gula)

Daripada : Daging haiwan
Perbanyakkan : Kekacang, kacang tanah, tempe, atau tauhu non-GMO

Daripada : Keju
Perbanyakkan : Hummus, minyak zaitun dan balsamic (dengan sayuran)

Daripada : Telur 
Perbanyakkan : Protein shake berasaskan tumbuhan, mentega badam, oat


5 Tips Kurus Untuk Hasil Yang Berkekalan :



1. Sentiasa ambil sarapan pagi

Sarapan pagi menyediakan badan anda dengan tenaga untuk menstabilkan aktiviti fizikal sepanjang pagi. Selain itu, makanan yang sihat pada waktu pagi dapat membantu anda mengelakkan dari mengambil makanan ringan yang tidak berkhasiat. 

Cuba : Oatmeal untuk mendapatkan gabungan karbohidrat komplex, protein, serat, dan lemak yang sihat. Mulakan dengan setengah cawan bijirin panas pilihan anda ditambah dengan susu badam, walnut, beri dan madu. Untuklebih mudah, cubalah roti bakar dengan mentega badam dan pisang. 


2. Snek sihat

Makanan ringan yang terbaik untuk memastikan anda rasa bertenaga adalah gabungan protein dan karbohidrat. Sama seperti makan sarapan pagi, snek pada makanan berkhasiat sepanjang hari dapat membantu anda merasa terlalu lapar sehingga boleh mencapai apa sahaja untuk dimakan.

Cuba : Kunyah sedikit kekacang, buah segar, sayur-sayuran dan humus setiap 2 atau 3 jam.


3. Pilih Karbohidrat Kompleks

Elakkan karbohidrat yang diproses dan halus, sebaliknya pilih karbohidrat komplex seperti beras merah, gandum, dan kekacang. Karbohidrat kompleks memberikan serat makanan, vitamin dan mineral yang membantu melambatkan pencernaan dan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Karbohidrat halus biasanya diproses dan mempunyai gula tambahan. Makanan ini lebih mudah dipecahkan untuk membekalkan tenaga segera dalam bentuk glukosa. Namun, sebaiknya pilih makanan yang tidak diproses atau diproses secara minimum dan mengandungi gula semulajadi, seperti fruktosa di dalam buah.

Cuba : Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh sebagai snek harian. Antara karbohidrat halus yang perlu dihadkan adalah roti putih, pasta putih, dan makanan yang dibakar manis. 


4. Ambil Lemak Baik

Lemak baik seperti asid lemak Omega-3 terutamanya EPA dan DHA sangat bermanfaat untuk kesihatan kita. Kajian menunjukkan bukti kukuh bahawa EPA dan DHA Omega-3 dapat meningkatkan kesihatan jantung, otak, sendi, mata dan kulit. 

Cuba : Ikan berlemak seperti ikan salmon dan tuna. Minyak ikan adalah sumber asid lemak omega-3 yang paling mudah.


5. Minum Air Sepanjang Hari

Minum air adalah senjata kesihatan yang paling baik. Badan yang terhidrat bukan hanya meningkatkan tahap tenaga, malah membantu kita mendapatkan kulit yang sihat dan berseri. Selain itu, minum air juga membantu menguraikan toksin dan produk buangan di dalam badan. 

Cuba : Minum 2 gelas air sebelum setiap hidangan. Anda bukan sahaja dapat memastikan badan terhidrat, malah juga dapat mengelakkan diri daripada makan terlalu banyak. Cuba untuk minum air setiap kali rasa lapar. Apabila badan telah dipenuhi air, badan akan rasa lebih 'kenyang' dan tidak mahu makan. 


Bagaimana Suplemen Shaklee Boleh Membantu Untuk Kurus Tanpa Berlapar?


Selain tips di atas, anda boleh mengambil suplemen Shaklee bagi memastikan anda mendapat nutrisi yang lengkap sepanjang proses untuk kurus. Nutrisi yang lengkap memastikan anda kekal bertenaga walaupun di dalam tempoh untuk menguruskan badan. Jadi, kerja anda juga akan menjadi lebih produktif.



1. Lecithin


Ia diekstrak dari soya tanpa menggunakan sebarang pengawet, pewarna mahupun pemanis bagi membantu memecahkan lemak di dalam badan. Setiap kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80 mg kolina dan 48 mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. Lecithin adalah pengemulsi lemak semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapungkannya dan mengelak dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. 


2. Omega Guard

Ia mengandungi asid lemak Omega-3 yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, sebaliknya perlu diperoleh melalui makanan dan suplemen. Ia berfungsi menyokong setiap sel, tisu dan organ dalam badan kita. Ia juga membantu proses memecahkan lemak lama dalam tubuh seperti di dalam hati, salur darah, kulit, lemak pada luar organ dan membantu membakar lemak untuk tenaga. Selain itu, Omega-3 terbukti meningkatkan metabolisme dan membakar 40% lebih banyak lemak apabila bersenam. 

Seperti dinyatakan di atas, asid lemak Omega 3 dikatakan boleh memberi kesan rasa kenyang kepada orang yang obesiti. Kajian tersebut dijalankan dan diterbitkan oleh D.Parra dan rakannya di dalam jurnal Appetite. Dalam kajian tersebut, golongan sasaran mempunyai kadar Omega 3 yang lebih tinggi dalam badan membuatkan badan lambat rasa lapar semula selepas makan. 

Kelebihan OmegaGuard Shaklee berbanding yang lain adalah ia menggunakan minyak ikan bergred farmaseutikal, melalui penyulingan molekul tiga peringkat, berkepekatan tinggi, mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak Omega-3 tulen, mempunyai bau dan rasa kesan hanyir yang minimum dan diiktiraf oleh Friends of the Sea. 


3. Herblax 

Ia adalah kombinasi tumbuhan herba yang boleh membantu masalah ketidakhadaman dan membantu pergerakan usus agar lebih sihat. Ia sangat bermanfaat untuk membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus akan dikeluarkan melalui najis. Proses ini dipanggil detoks. Setelah dinding usus bersih, badan akan dapat menyerap nutrien dengan lebih optimum dan memastikan badan menjadi lebih sihat walaupun ingin kurus.


4. Alfalfa Complex

Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia yang berkhasiat sebagai agen detoksifikasi untuk mencuci hati, darah dan usus. Ia membantu menegmbalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari bdana, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 

Kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan alfalfa dalam jangka panjang akan menghapuskan lemak kerana mengandungi saponin yang bersifat seperti span yang menyerap kolesterol kerana bertindak seperti serat. 


5. Cinch Shake Mix

Ia diperbuat daripada protein soya yang membantu seseorang merasa lebih kenyang dan dapat meningkatkan metabolisme badan. Ia mengandungi leucin, sejenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan merangsang sintesis protein otot. Cinch Shake Shaklee terbukti mampu mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak dan menghilangkan lemak, berat dan inci. Oleh kerana ia membantu mengekalkan otot, ia dapat mengelakkan badan menjadi menggeleber selepas proses penurunan berat badan.

Minuman yang kaya protein ini membuatkan anda rasa kenyang lebih lama dan membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan kerana kurang berasa lapar. Selain itu. ia mengekalkan tahap gula dalam darah pada tahap yang normal dan mengekalkan tenaga. Ia didatangkan dengan 3 perasa iaitu Vanila, Coklat dan Latte. 


6. Energizing Soy Protein

Ia merupakan sumber protein berasaskan kacang soya yang mempunyai rendah Indeks Glisemik. Bermakna, makanan akan diproses secara perlahan-lahan kepada tenaga dan ini membantu membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Ia membantu badan menjadi lebih bertenaga selain membantu mengurangkan berat badan. Soya yang digunakan adalah non-GMO, organik dan tidak mempunyai hormon tambahan. Jadi, ia dapat dikenali dan diserap oleh badan dengan lebih mudah. 


7. Vivix

Ia mengandungi polifenol yang membantu menaikkan metabolisma badan. Semakin tinggi metabolisma, semakin banyak kalori akan dibakar dan proses pembakaran lemak menjadi lebih cepat daripada biasa. Ia juga menghalang pengumpulan lemak dan memusnahkan deposit lemak dalam badan, sebaliknya lemak tersebut akan digunakan sebagai tenaga. Selain itu, ia membantu menghalang kenaikan paras hormon estrogen agar lemak tidak disimpan di dalam badan. 

Jangan biarkan keinginan anda terbantut, hanya sebab anda suka makan!
Bantu diri dapatkan supplemen Shaklee yang lengkap dengan klik di bawah :


Perlukah anda ambil kesemuanya?

Anda boleh dapatkan nasihat daripada saya secara percuma untuk ketahui dengan lebih lanjut manakah supplemen yang terbaik untuk anda ambil dalam proses untuk kurus tanpa berlapar ini. Saya akan syorkan anda mengikut keperluan masing-masing.

Selamat mencuba!

Hubungi saya, Bazilah (ID : 1251677) di :

WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb : Towards Quality Life
Blog : www.towardsqualitylife.blogspot.my





Rawatan Semulajadi Untuk Luka Bernanah Pada Ibu Hamil

Ibu mengandung seringkali mengalami pelbagai kesukaran dan ketidakselesaan semasa dalam tempoh kehamilan. Keadaan akan menjadi bertambah teruk sekiranya si ibu mengalami sebarang luka sehingga menjadi bernanah, kerana ini akan menyukarkan tugas harian si ibu. 

Image result for festering wound at feet

Luka bernanah adalah keadaan di mana cecair kuning atau putih berkembang dalam luka disebabkan oleh bakteria. Sekiranya luka dibiarkan terbuka, ia lebih cenderung untuk dijangkiti. Oleh itu, seseorang perlu mengelakkan luka terbuka. Dalam artikel ini, anda akan ketahui kaedah rawatan yang boleh diambil oleh ibu mengandung yang mempunyai luka bernanah pada kulit. Sebelum itu, anda juga perlu ketahui faktor risiko luka dijangkiti dan simptom atau gejala yang timbul apabila terdapat jangkitan pada luka. 


Faktor Risiko 


Luka lebih cenderung untuk dijangkiti sekiranya :

1. Berpunca dari lubang akibat tusukan seperti dari kuku atau kaca.

2. Berpunca daripada gigitan haiwan atau manusia.

3. Tidak dibersihkan atau dirawat dalam masa 8 jam

4. Berlaku pada tangan, kaki, ketiak atau pangkal peha.

5. Mengandungi kotorang atau air liur

6. Mengambil masa yang lama untuk sembuh

7. Berlaku kepada ibu yang menghidap kencing manis, minum alkohol atau mempunyai sistem imun yang lemah


Simptom Jangkitan 


Sila dapatkan rawatan dari doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti :

  • Keluar air berwarna kuning, kuning-hijau atau berbau busuk dari luka
  • Terdapat rasa sakit, bengkak, kemerahan pada luka atau kawasan berdekatan luka
  • Terdapat perubahan pada warna atau saiz luka
  • Terdapat garis merah di sekitar luka
  • Demam

Rawatan Semulajadi Untuk Luka Bernanah Pada Ibu Hamil


1. Bersihkan luka

Bakteria akan menjangkiti luka menjadikannya menjadi bertambah teruk. Ini akan membuatkan masa untuk pulih menjadi lebih lama.  Jadi, pastikan luka dibasuh dengan air sehingga bersih atau menggunakan sabun antibakteria seperti dettol. 

2, Sapu dengan antibiotik ointment

Bagi mengelakkan bakteria menjangkiti kawasan luka, anda boleh menyapukan kawasan luka dengan antibiotik ointment yang boleh didapati di farmasi.

3. Pastikan luka bersih dan kering

Dalam masa 24 jam yang pertama, pastikan  luka sentiasa bersih dan kering.

4. Tutup luka

Kawasan luka boleh ditutup dengan kain kasa atau pembalut, tetapi hendaklah ditukar selalu dan dipastikan sentiasa bersih. 

5. Tukar balutan

Tukar balutan setiap hari, lebih baik dengan menggunakan sarung tangan plastik yang steril. 


Selain itu, terdapat juga supplemen yang selamat untuk ibu hamil yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka dengan cara memberikan nutrisi kepada badan agar badan dapat menjalankan aktivitinya semula seperti biasa. 


1. Sustained Release Vita C Plus Shaklee




Kandungan vitamin C di dalamnya membantu merangsang kulit menghasilkan kolagen dan menghasilkan kulit baru yang lebih sihat dan cerah. Selain bertindak mencantikkan kulit, vitamin C mampu meningkatkan sistem imun seseorang dengan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman dan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.

2. Garlic Shaklee

Image result for garlic complex

Garlic Shaklee berbeza dengan bawang putih yang dimakan setelah dimasak kerana ia mengekalkan kandungan allicin aktif. Garlic bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang selamat digunakan dalam jangka masa panjang untuk meningkatkan sistem imun badan dan menghalang bakteria dan kuman dari merebak. 


Luka bernanah yang tidak dirawat akan mengakibatkan ketidakselesaan yang berpanjangan dan ibu hamil akan mengalami kesukaran menjalani aktiviti harian. Ia mungkin akan mengakibatkan pelbagai sakit lain sekiranya dibiarkan melarat. Rawat luka anda segera sebelum terlambat.

Anda boleh membeli suplemen anda di sini :


Atau hubungi saya, Bazilah di :

012-6830069
ID : 1251677















Sabun Basuh Baju Untuk Kulit Baby Yang Sensitif

Kulit baby yang halus dan lembut sememangnya lebih sensitif berbanding orang dewasa kerana belum matang sepenuhnya. Tidak hairanlah kenapa bayi lebih kerap mempunyai masalah kulit seperti kegatalan akibat alahan atau alergi, ruam akibat eczema dan kulit kering. Oleh kerana pakaian bayi adalah sesuatu yang sering bergesel dan mengenai kulit bayi, jadi amat penting untuk anda memastikan bahawa sabun basuh baju bayi anda memiliki ciri khas yang sesuai untuk kegunaan bayi yang berkulit sensitif ini. 

Image result for drying baby clothes


Sebelum baju-baju baby digunakan, adalah lebih baik jika anda dapat mencuci semua pakaian bayi, selimut dan barang-barang lain yang boleh dibasuh yang akan mengenai kulit mereka. Namun, kebanyakan pencuci pakaian biasa di pasaran mempunyai kandungan bahan kimia bertoksik dan perengsa yang tidak sesuai untuk kulit bayi yang sensitif. Antaranya adalah :


Bahan Kimia Dalam Sabun Basuh Baju Biasa :



1. Pewangi (Fragrance) ; untuk mewangikan pakaian

2. Agen Pencuci ; untuk membantu membersih dengan lebih baik. Bahan kimia di dalamnya seperti :


  • Quaternium-15 : membebaskan formaldehid yang bersifat karsinogen
  • Dietanolamina ; dikaitkan dengan masalah kuli, kerengsaan mata dan mungkin masalah hati
  • Nonylphenol ethoxylate (NPE) : toksik kepada saraf dan hidupan akuatik, merengsa kulit, berpotensi mengganggu hormon
  • Linear Sulfonat Alkil Benzena (LAS) : bersifat karsinogen, merengsa kulit dan mata dan toksik kepada hidupan akuatik
  • Sulingan Petroleum : dikaitkan dengan kanser dan kerosakan paru-paru


3. Penstabil (Stabilizer) ; untuk membantu menstabilkan formula, supaya tahan lebih lama dari tarikh luput.


  • Oksida Polialkalina atau etilena oksida ;dikaitkan dengan masalah mata, kerengsaan paru-paru, dan dermatitis.


4. Peluntur ; untuk melunturkan kekotoran pada baju


  • 1,4-Dioxane : iritasi pada kulit dan dermatitis, tekanan pada sistem saraf pusat dengan simptom seperti sakit kepala. Lebih kritikal lagi, ia boleh menyebabkan kerosakan pada hati, ginjal dan saluran darah.


5. Pencerah (Brightener) ; untuk mencerahkan kembali pakaian. Ia mengandungi bahan kimia seperti:


  • Naphthotriazolystilbenes : dikaitkan dengan kesan perkembangan dan pembiakan
  • Benzoxazolyl
  • Disulfonate diaminostilbene 


6. Fosfat & EDTA ; supaya bahan pencuci lebih berkesan di dalam air dan mencegah kotoran kembali terlekat pada pakaian yang telah dicuci


  • Dikaitkan dengan pencemaran alam sekitar, terutamanya pencemaran sungai dan saliran air. 
  • Fosfat menyuburkan pertumbuhan alga yang merosakkan ekosistem. 
  • Etilena diamine asid tetraacetic (EDTA) : toksik dalam kajian haiwan.


Menakutkan apabila kita tahu mengenai bahan kimia yang terdapat dalam sabun basuh pakaian kita ini. Kalau pada kita yang dewasa pun ia merbahaya, apakan lagi kepada kulit si manja kita yang sensitif? Bahkan, sisa basuhannya tidak mesra alam dan mengancam hidupan akuatik. Jika anda sayangkan keluarga anda dan alam sekitar, sudah masanya untuk anda bertukar kepada sabun basuh pakaian yang lebih mesra alam, selamat dan berkesan seperti Fresh Laundry Concentrate Shaklee!


Keistimewaan Fresh Laundry Concentrate Shaklee 


  • Berprestasi tinggi kerana pembersih enzim diaktifkan untuk mengekalkan basuhan yang putih dan berwarna cerah.
  • Selamat pada semua jenis kain
  • Dirumus untuk membantu mencegah warna pakaian daripada luntur.
  • Lebih pekat - 5.5lb, mencuci sehingga 88 kali basuhan. Ini membuatkannya lebih jimat!


Perbezaan Shaklee

1. Selamat

  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Sesuai digunakan untuk semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia merbahaya
  • Bebas bauan 
  • Lembut pada tangan
  • pH yang seimbang


2. Berkesan

  • Berkepekatan tinggi
  • 1 auns sudah memadai untuk cucian muatan sederhana
  • Keberkesanannya yang sama dengan semua jenis suhu, sama ada air sejuk atau panas
  • Menjadikan pakaian putih lebih putih dan pakaian berwarna lebih cerah berseri
  • Menanggalkan minyak dengan berkesan


3. Mesra Alam

  • Dihasilkan dari bahan semulajadi dan mesra alam
  • Surfaktan bersifat biordegradeable
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Tanpa peluntur klorin
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
  • Tiada ujian haiwan
  • Tiada pembersihan sebatian organik mudah meruap

Apa yang menariknya lagi, Fresh Laundry Concentrate ini bukan hanya boleh digunakan untuk membasuh pakaian bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif, malah boleh digunakan untuk seisi keluarga tanpa perlu mengasingkan pakaian bayi anda.

Walaupun baunya tidak sewangi pencuci pakaian biasa, tetapi baunya yang sentiasa segar mengelakkan pakaian dari berbau hapak walaupun dibiarkan lama sebelum menjemur, terutamanya ketika musim hujan. Anda bebas menyidai pakaian hanya di dalam rumah tanpa bau yang busuk akibat tidak terkena pancaran matahari.


Testimoni Pengguna Fresh Laundry Concentrate








Baby yang mengalami alahan pada kulit yang sangat sensitif ini bukan hanya menyebabkan ketidakselesaan padanya, malah juga meresahkan ibu bapa kerana rengekan si kecil. Hentikanlah penderitaan ini dan bertukarlah kepada sabun basuh baju seisi keluarga yang lebih selamat dan terbukti berkesan ini. 

Usah tunggu lagi! Hanya satu klik untuk anda membeli sekarang..


Atau hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma di :

012-6830069
Bazilah
ID : 1251677




Radang Usus : Kenali Faktor Risiko, Tanda, Komplikasi Dan Cara Atasinya


Apakah Radang Usus?


Radang Usus atau Inflammatory Bowel Disease (IBD) juga dikenali sebagai ulcerative colitis. Ia terjadi apabila saluran pencernaan seseorang terutamanya lapisan dalam usus besar dan rektum mengalami keradangan dan luka lama (ulser). Walaupun penyebab sebenar penyakit radang usus ini masih tidak ketahui, tetapi salah satu penyebabnya adalah apabila sistem imun seseorang mengalami kerosakan. 

Image result for ulcerative colitis

Apabila diserang bakteria atau virus, tindak balas imun yang tidak normal bukan hanya melawan virus atau bakteria ini, malah juga menyerang sel-sel di saluran penghadaman. 


Faktor-faktor Risiko Radang Usus (IBD) :


1. Umur
Walaupun ia boleh berlaku pada sebarang umur, kebanyakan pesakit mengalami radang usus ketika berumur 30 tahun ke bawah. Namun, ada juga mereka yang mengalami penyakit ini selepas 60 tahun.

2. Sejarah keluarga
Mereka yang mempunyai keluarga terdekat yang menghidap penyakit ini lebih terdedah kepada risiko untuk mendapatkannya.

3. Etnik atau bangsa
Ia boleh berlaku pada semua etnik atau bangsa, namun mereka yang berkulit putih lebih berisiko tinggi.

4. Merokok. 
Mereka yang merokok lebih terdedah kepada risiko mendapat radang usus.

5. Penggunaan ubatan anti radang tanpa steroid.
Ubatan seperti ibuprofen, naproxen natrium dan natrium diclofenac boleh meningkatkan lagi risiko mendapat IBD.

6. Tempat tinggal.
Mereka yang tinggal di kawasan perindustrian lebih cenderung untuk mendapat ulcerative colitis ini. Faktor alam sekitar dan diet tinggi lemak juga berkemungkinan menjadi penyebab penyakit ini.


Tanda-tanda Dan Gejala Pesakit Radang Usus (IBD):


Tanda yang biasa dialami oleh pesakit radang usus adalah cirit-birit dan sakit pada abdomen sebelah kanan. Simptomnya yang seperti sakit perut biasa menyebabkan pesakit tidak dapat mengesannya dari awal.  Ia berbeza pada orang lain bergantung kepada tahap radang yang dialami dan di mana ia berlaku. Antara tanda lain yang dialami adalah :


  • Cirit-birit berdarah atau bernanah
  • Sakit ketika buang air besar dan najis berdarah
  • Sakit perut dan kekejangan.
  • Sakit rektum.
  • Kembung perut
  • Keluar lendir dari dubur
  • Keletihan akibat kurang darah merah
  • Demam akibat radang yang berlaku
  • Hilang selera makan


Komplikasi Penyakit Radang Usus (IBD)

IBD boleh menyebabkan pendarahan dari ulser dan usus tembus atau pecah. Ia boleh mempengaruhi organ lain di luar salur penghadaman sepertu hati, kulit, mata dan sendi. Penggunaan ubat steroid untuk mengurangkan radang berisiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi, osteoporosis dan kencing manis. Dalam jangka masa yang lama, pesakit berisiko mendapat kanser kolon dan mengancam nyawa. Komplikasi lain yang mungkin berlaku termasuklah :

  • Pembengkakan kolon (megakolon toksik)
  • Pembekuan darah dalam urat dan arteri 
  • Dehidrasi yang serius


Rawatan Penyakit Radang Usus (IBD) :


Kebiasaanya, rawatan yang doktor sarankan adalah untuk meredakan gejala yang timbul, mengelakkannya dari berulang semula atau mengurangkan risiko komplikasi yang mungkin terjadi.  Antaranya :

1. Memberi ubat steroid seperti Prednisolone untuk mengurangkan gejala IBD. Namun, ia tidak boleh diambil dalam jangka masa panjang kerana berisiko mendapat jerawat, katarak, tulang reput akibat osteoporosis dan muka menjadi bentuk bundar akibat bengkak (moon face).

2. Memberi ubat Mesalazine untuk mengawal IBD.

3. Memberi ubat Immunosuppression untuk mengurangkan tindakan sistem imun. Ubat ini memakan masa yang agak lama untuk bertindak dan pesakit berisiko mendapat jangkitan kuman.

4. Memberi antibiotik seperti mitronidazole dan ciprofloxacin untuk merawat IBD ringan. Namun, ia tidak berkesan untuk menstabilkan penyakit IBD.

5. Pembedahan. Jika ubatan tidak membantu, prosedur pembedahan perlu dilakukan, terutamanya jika doktor mendapati terdapat tanda-tanda kanser berlaku.


Walaubagaimanapun. terdapat supplemen yang boleh membantu gejala radang usus, atau ulcerative colitis ini, iaitu :

VIVIX

Vivix merupakan supplemen yang tinggi kandungan antioksida bertindak membaiki dan melindungi sel-sel usus daripada terus rosak akibat pengoksidaan. Ia boleh membantu mempertahankan dan mengawal genetik dengan melambatkan penuaan tahap sellular. Oleh itu, ia membantu melambatkan inflamasi atau radang yang berlaku pada usus. Selain itu, ia membantu memberi tenaga kepada sel usus dan menggalakkan penghasilan sel usus yang baru. Kandungan polifenol yang tinggi di dalam vivix juga boleh membantu meningkatkan prestasi sel usus agar dapat menjalankan aktivitinya dengan normal. Lebih menguntungkan, ia juga bertindak menyokong sistem imun pesakit IBD.


Masalah gangguan sistem penghadaman akibat radang usus atau IBD ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan memberikan impak yang negatif sekiranya dibiarkan melarat begitu sahaja. Tentunya mendapatkan kesihatan yang optimum tidak ternilai berharganya berbanding wang ringgit. 

Jangan tunggu lagi, hanya 1 klik untuk dapatkan vivix anda sekarang!


Atau hubungi saya di 012-6930069.





11 Tips Melatih Anak Ke Tandas (Potty training)

Mengajar anak untuk buang air di tandas atau potty train menjadi antara penanda aras pencapaian anak, malah juga ibu bapa. Anak yang telah berjaya dilatih untuk ke tandas lebih awal dikatakan mempunyai perkembangan kognitif yang baik. Persoalannya, bilakah masa yang terbaik untuk potty train, dan bagaimana memulakannya?


Bila Masa Yang Sesuai Untuk Potty Training?

Bila masa yang sesuai untuk memulakan potty training bergantung kepada setiap individu. Ada yang telah memulakannya sejak anak berumur 1 tahun lebih, sebelum anak pandai bercakap lagi. Ada juga merasakan keperluan untuk potty training sebelum mereka melangkah masuk ke tadika. 

Bagi saya, eloklah dimulakan potty train setelah nampak tanda-tanda anak bersedia memulakan nya. Antara tandanya, anak menyorok atau pergi ke suatu bahagian ketika ingin membuang air besar. 

Saya ingin kongsikan tips potty train anak berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya mula potty train anak sejak umur 2 tahun lebih. 

Tips Potty Train Anak


1. Persediaan fizikal dan mental.

Ibu atau bapa perlu bersedia fizikal dan mental untuk melatih anak. Tanamkan dalam diri yang anak yang baru belajar masih belum mahir, dan akan ada 'accident' yang berlaku dalam proses latihan.

2. Pilih masa yang sesuai untuk mulakan.

Fahami tanda2 anak bersedia untuk dilatih. Pilih masa yang anda boleh luangkan masa yang lama untuk memantau progres anak, contohnya semasa cuti panjang.

Terbaik jika ibu bapa dapat mengambil cuti dan meluangkan masa dengan si anak. Elakkan melatih anak sekiranya dalam masa terdekat anda merancang untuk berjalan jauh.

3. Keazaman yang kuat.

Ibu bapa yang ingin potty train anak perlu betul-betul bersungguh mahu menjayakannya, bukan hanya hangat-hangat tahi ayam. Set kan target bila mahu anak bebas lampin pakai buang sepenuhnya.

4. Tanamkan mindset anak.

Anak juga perlu diberi mindset yang dia akan menjalani latihan untuk ke tandas. Beritahu anak-anak sekurang-kurangnya seminggu awal untuk memulakan latihan ini.

Jangan sangka mereka tidak faham. Mereka juga perlu diberi persediaan. Beritahu mereka apa yang akan berlaku dan kenapa mereka perlu berbuat demikian. Ajarnya agar memberitahu anda setiap kali rasa ingin buang air.

5. Buatkan mereka suka untuk menjalani latihan.

Naluri kanak-kanak suka cuba sesuatu yang baru. Untuk menjayakan latihan, belikan mereka seluar dalam baru mengikut selera mereka. Barangkali anda boleh membeli seluar dalam yang mempunyai gambar kartun kegemaran mereka.

Anda juga boleh membelikan tangga atau mangkuk potty train khas untuk budak yang menarik. Buatkan mereka rasa teruja untuk memulakannya.

6. Sediakan persekitaran yang membantu latihan.

Sekiranya anda sayangkan karpet anda terkena najis semasa proses latihan, simpan semua karpet di tempat lain. Biarkan kawasan yang anak sering bermain lapang.

7. Hati perlu kental.

Ibu atau bapa yang ingin melatih anak untuk buang air di tandas perlu tetap pendirian dan mempunyai hati yang kental. Bertekad untuk tetap meneruskan sesi latihan bagi memastikan ia berjaya.

8. Kerap bawa anak ke tandas.

Semasa proses latihan, bawa anak lebih kerap untuk ke tandas. Ada yang memulakan dengan mengajak anak ke tandas setiap 15 minit. Bagi saya, selang 30 minit sudah memadai. Ajar anak untuk menggunakan tandas dengan betul dan gunakan bahasa yang mudah.

9. Beri ganjaran pada anak.

Setiap kali anak anda berjaya buang air di tandas, berikan pujian padanya. Buat sistem ganjaran seperti jadual kejayaan anak. Kalau saya, saya berikan pelekat bintang apabila dia berjaya buang air di tandas.

Boleh juga beri apa sahaja ganjaran lain yang disukainya. Untuk anak kedua, saya berikannya ganjaran multivitamin Vita lea For Children setiap kali dia tidak bocor dalam masa sehari.

10. Elakkan anak dari keliru

Apabila anda telah memulakan latihan, penting untuk tetap meneruskannya untuk mengelakkan anak keliru jika kadangkala dipakaikan lampin, kadangkala tidak dipakaikan lampin.

Ada pendapat yang menyarankan agar apabila mula sahaja latihan pada siang hari, teruskan juga di malam hari.

Tapi bagi saya, elok juga dibuat secara beransur-ansur. Apabila anak sudah mahir, baru teruskan pada sebelah malam pula.

Tetapi jika ingin memulakan latihan pada sebelah malam, pastikan anda membuat persediaan dengan mengajak anak ke tandas sebelum tidur, dan alaskan tilam anak dengan pelapik yang kalis air.

11. Elakkan stress dan cuba kawal dari memarahi anak.

Emosi ibu atau bapa sangat penting semasa sesi latihan. Ibu yang cepat marah ketika anak bocor membuatkan anak takut untuk meneruskan latihan dan mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk melatihnya kemudian. Jangan ambil mudah perkara ini. Emosi anak juga perlu dijaga.

Apa yang saya lakukan untuk kawal emosi semasa latihan adalah dengan mengambil suplemen B Complex Shaklee. Ia membantu saya untuk mengawal emosi dan lebih tenang menghadapi kebocoran anak.


Kesimpulannya, potty train anak bukan sesuatu yang boleh dianggap mudah, namun ia tidak mustahil dilakukan sehingga berjaya. Buatlah persediaan yang rapi dan semoga berjaya!



15 Tips Atasi Edema (Bengkak Kaki) Semasa Mengandung 7 bulan

Edema adalah istilah perubatan yang dimaksudkan oleh pembentukan cecair di dalam tisu. Semasa kehamilan, badan anda menghasilkan lebih banyak darah dan cecair badan untuk mengekalkan kesihatan bayi yang sedang membesar. Kerana itulah, edema biasa berlaku pada wanita mengandung. 



Cecair yang berlebihan ini boleh terjadi pada tangan, muka, kaki, pergelangan tangan dan pergelangan kaki. Ini yang menyebabkan bengkak dan  ketidakselesaan. Namun, di sini saya kongsikan tips untuk mengurangkan edema atau bengkak anda.


Tips Atasi Edema Semasa Mengandung



1. Elakkan menggunakan tapak kaki dengan kerap.

Berdiri atau duduk dengan keadaan tapak kaki yang rata di atas lantai boleh memburukkan lagi edema kerana tekanan yang meningkat pada urat akan menghalang darah untuk kembali ke jantung. Elakkan berdiri atau duduk dengan tapak kaki di lantai untuk jangka masa yang panjang. Sekali sekala cuba untuk duduk berehat dan putarkan kaki dan pergelangan kaki untuk membantu peredaran cecair di kaki.

Pastikan anda memakai kasut yang selesa.
Kasut yang terlalu ketat atau kasut tumit tinggi boleh menyebabkan edema menjadi lebih teruk dan memberikan ketidakselesaan.


2. Tinggikan sedikit kaki ketika berehat.

Semasa anda sedang baring, anda boleh meletakkan alas seperti bantal kecil atau tuala pada bawah kaki untuk membantu peredaran darah dan cecair.


3. Memakai compression socks

Compression socks atau stoking mampatan juga membantu meningkatkan aliran darah dan cecair di kaki. Terdapat variasi dalam tekanan pada stoking berkenaan. Pilihlah yang sesuai dengan tahap edema anda.



4. Pakai pakaian yang longgar dan selesa.

Pakaian yang ketat di sekitar pergelangan tangan, lengan dan kaki akan menambahkan lagi rasa ketidakselesaan akibat edema. Pakai pakaian yang longgar boleh membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan ini dan memudahkan anda bergerak. Seeloknya, pakailah pakaian yang dikhaskan untuk ibu hamil.

Pilihlah pakaian bertekstur sejuk, longgar dan lembut seperti kain kapas bagi mengelakkan berpeluh dan kepanasan yang akan memburukkan lagi edema anda.


5. Urut bahagian yang terjejas.

Terdapat beberapa kajian yang mendapati urutan dapat membantu mengurangkan edema ketika mengandung. Urutlah di bahagian yang mengalami edema sama ada dibuat sendiri atau menggunakan perkhidmatan pakar di pusat urutan profesional.

Tekankan bahagian yang terjejas dengan pergerakan ke arah jantung untuk membantu aliran cecair semula ke jantung. Pastikan tekanan yang digunakan tidak mengakibatkan kesakitan.


6. Elakkan aktiviti luar ketika cuaca panas.

Cuaca yang panas dan pendedahan kepada cahaya matahari boleh memburukkan lagi edema. Carilah tempat untuk berteduh atau pergi ke tempat yang lebih nyaman untuk mengurangkan kesakitan akibat edema.


7. Berenang atau berehat di kolam.

Berenang boleh merendahkan suhu badan dan mengurangkan tekanan pada bahagian sendi. Ia membantu peredaran darah dan cecair dalam badan yang akan membantu mengurangkan edema dan bengkak.

Sekiranya tidak pandai berenang, cukup sekadar hanya terapung di atas air atau berjalan di dalam air.


8. Gunakan cold pack pada bahagian yang bengkak.

Suhu yang sejuk akan mengurangkan peredaran darah badan bahagian yang terjejas dan mengurangkan bengkak. Anda boleh meletakkan cold pack pada bahagian yang bengkak secara berselang-seli selama 10-15 minit, setiap 2 jam atau apabila perlu.

Pastikan alas cold pack dengan kain atau tuala bagi mengelakkan kerosakan kulit.


9. Tidur dalam persekitaran yang selesa dan dingin.

Sebaiknya tidur di dalam bilik yang selesa, dingin dan mempunyai sistem ventilasi yang baik. Tidur pada bahagian kiri dikatakan sebagai posisi yang akan mengurangkan tekanan pada vena kava, salur darah yang menyalurkan darah dari bahagian bawah badan ke jantung. Ini akan membantu mengawal edema.

Untuk optimumkan kondisi tidur, setkan suhu antara 15.6 - 23.9℃. Gunakan kipas atau buka tingkap untuk peredaran udara yang baik. Gunakan cadar yang diperbuat daripada fabrik semulajadi seperti kain kapas untuk pastikan suhu bersesuaian agar dapat membantu mengurangkan risiko edema.


10. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan.

Garam yang berlebihan menyebabkan pengumpulan air. Keperluan garam untuk wanita hamil adalah 3000mg. Jadi, pastikan anda tidak mengambilnya lebih bagi memastikan edema tidak menjadi bertambah teruk.

Elakkan dari mengambil makanan yang diproses kerana ia mempunyai kandungan garam yang agak tinggi. Sebaliknya, ambillah makanan yang mempunyai kandungan potasium yang tinggi seperti pisang, apricot, oren dan keledek untuk menyingkirkan garam yang berlebihan.


11. Minum banyak air.

Walaupun nampak biasa, tetapi dengan memastikan badan sentiasa terhidrasi adalah cara terbaik untuk menyingkirkan cecair yang berlebihan pada bengkak akibat edema.

Cuba cukupkan untuk minum air 10 cawan sehari, bersamaan 2.3 liter atau lebih sekiranya anda aktif dan memerlukannya. Elakkan pengambilan gula berlebihan seperti minuman sisa berkarbonat dan air jus yang telah diproses.


12. Pastikan sistem penghadaman berjalan lancar.

Pergerakan usus yang teratur turut membantu menyingkirkan garam dan air berlebihan daripada sistem tubuh yang membantu anda mengawal edema.

Makan makanan yang tinggi kandungan serat untuk menyingkirkan garam dan air ini. Ambil 20 - 35 mg serat sehari dari sumber yang larut dan tidak larut. Serat larut adalah seperti oat, epal dan kekacang. Serta tidak larut adalah seperti nasi, brokoli, zucchini, pihak merah dan kale.

Senaman yang teratur juga membantu sistem penghadaman anda kerana usus menjalankan aktivitinya dengan lancar.


13. Bersenam dan kerap bergerak.

Senaman kardiovaskular boleh membantu peredaran darah dan penyingkiran cecair berlebihan akibat edema. Cuba sekurang-kurangnya bersenam selama 30 minit sehari seperti berjalan dan berbasikal.


14. Dapatkan nasihat doktor.

Jika gaya hidup dan rawatan di rumah tidak membantu anda mengatasi edema, rujuklah doktor kerana mungkin terdapat risiko seperti preeklamsia yang memerlukan pengambilan ubatan untuk menyingkirkan lebihan cecair.

Jika anda dapati bengkak makin membesar, ia mungkin antara tanda masalah tekanan darah tinggi atau preeklamsia yang memerlukan rawatan lanjut.

Selain itu, lihat juga sama ada anda mempunyai sakit kepala yang tidak reda dengan berehat, loya dan muntah-muntah atau sakit yang melampau pada bahagian atas kanan perut. Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika masalah ini berlaku.


15. Pengambilan makanan tambahan atau supplemen.

Supplemen magnesium, B complex dan Omega 3 berupaya membantu mengurangkan bengkak pada kaki atau bahagian lain akibat edema.

Dalam Shaklee, produk yang dapat membantu masalah edema adalah :

1. Ostematrix Shaklee


Ia mengandungi magnesium, mineral penting dalam mengimbangkan reaksi biokimia dalam badan. Ia boleh membantu mengelakkan lebihan air berkumpul pada sel dan mengurangkan bengkak kaki akibat edema.

2. B Complex Shaklee


Kandungan vitamin B1, B5 dan B6 di dalamnya juga membantu menghalang perngumpulan air pada sel. Ia akan menyingkirkan lebihan garam dalam badan dan membantu melancarkan aliran darah.

3. OmegaGuard Shaklee


Kandungan Omega 3 dalam OmegaGuard mempunyai fungsi anti radang yang akan mengurangkan bengkak akibat edema. 

Ibu hamil yang mengalami bengkak kaki atau edema ini tentu berasa sulit mengharungi hari-hari dalam tempoh kehamilan. Permudahkan urusan anda. Ikuti tips-tips di atas atau jika ingin membeli supplemen Shaklee, hubungi saya.