Makanan Untuk Memperbaiki Fungsi Hati Agar Kekal Sihat

8:47 PM 1 Comments A+ a-

Organ yang memainkan peranan terbesar dalam badan kita adalah HATI. Ia berfungsi sebagai barisan pertahanan kepada badan kita daripada semua pencemaran dan toksin. Ia juga menjalankan lebih daripada 300 fungsi metabolik dan detoksifikasi.

Hati adalah organ yang unik kerana ia mampu memperbaiki dan membina dirinya sendiri. Kerana itulah hati kita boleh didermakan sebahagiannya. Namun, tubuh kita mungkin gagal berfungsi sepenuhnya jika tidak mempunyai hati yang berfungsi secara efisien. Oleh itu, sangat penting untuk kita menjaga kesihatan hati kita agar ia kekal sihat. Apakah makanan yang terbaik untuk memperbaiki fungsi hati yang telah rosak?



Sebelum pergi lebih lanjut mengenai makanan untuk kesihatan hati, eloklah kita ketahui dengan lebih mendalam mengenai hati kita. 


Fungsi hati saling berkait dengan fungsi organ dan sistem tubuh yang lain

Apakah Fungsi Hati?

Secara umumnya, apa-apa yang masuk dan keluar dalam tubuh kita akan disaring oleh hati. Ia juga membantu melancarkan fungsi tubuh yang lain. Fungsi khusus bagi hati adalah :


1. Sebagai Kilang dan Depot Nutrisi

Makanan yang kita makan akan diuraikan melalui proses penghadaman kepada pelbagai nutrisi. Kemudian, makanan akan diserap dan dihantar kepada hati melalui saluran darah. Hati akan menerima nutrisi ini dan menyimpan sebahagiannya, manakala sebahagian lagi akan dihantar kepada bahagian badan yang memerlukan.

Hati berfungsi sebagai zon menerima dan menghantar nutrisi ini. Ia membantu mengawal tahap gula dalam darah yang normal sebagai tindak balas kepada tindakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas.


2. Sebagai Kilang Penghasilan Protein

Hati berfungsi menghimpunkan semua asid amino yang didapati daripada makanan. Penghasilan protein daripada asid amino ini penting untuk pembekuan darah, sebagai antibodi yang menyokong sistem imun tubuh dan pelbagai fungsi tubuh lain. 


3. Sebagai Kilang Rawatan Sisa Makanan

Darah yang memasuki hati bukan hanya membawa nutrien, malah pelbagai bahan lain yang diserap melalui paru-paru, sistem penghadaman dan kulit. Tubuh akan mengenalpasti sebatian yang tidak diperlukan dan melupuskannya melalui enzim yang terdapat di dalam hati. Seterusnya, struktur kimia sebatian asing ini akan diubah agar boleh dikeluarkan daripada tubuh.


4. Sebagai Pengangkutan Dan Pelupusan Sisa Berbahaya

Bahan toksik yang masuk ke dalam badan akan diproses oleh hati dan kemudian dikeluarkan oleh buah pinggang melalui air kencing atau disimpan di dalam pundi hempedu. Dalam keadaan tertentu, iaitu apabila diperlukan, hempedu akan dilepaskan ke dalam usus dan bergabung dengan serat makanan untuk mengikat toksin supaya penyingkiran bahan toksin dari badan sebagai sisa najis dapat berlaku. 


Untuk menjaga kesihatan hati, sangat penting untuk kita pastikan bahawa tubuh kita tidak tercemar oleh bahan kimia, ubatan atau makanan yang berbahaya kepada hati. Antaranya :

Bahan Yang Berbahaya Kepada Hati

  • Benzopyrenes: daripada asap rokok atau asap daripada makanan yang digril 
  • Acetone: bahan kimia daripada pelarut kuku (nail polish remover), cat, varnish dan thinner. 
  • Heterocyclic amines: cecair dalam lighter, pelarut hidrokarbon, daging yang digoreng atau BBQ 
  • Nitrosamines: makanan diproses 
  • Polycyclic hydrocarbons: asap daripada pembakaran bahan api, eksos kereta 
  • Insektisid, herbisid dan fertilizers 
  • Ammonia: dan semua bahan kimia rumah 
  • Minuman alkohol 
  • Sesetengah ubat termasuk antiulcer, analgesic, anti radang, antihyperlipidemic dan anticonvulsant. 
  • N-Nitrosodiethylamine, N-Nitrosopyrrolidine dan Arsenik daripada asap rokok yang menjadi antara punca kanser hati 

Oleh kerana kita seringkali terdedah kepada pelbagai pencemaran ini, ia menjadikan hati kita terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk membaikpulih dirinya sendiri. Jadi, sangat penting untuk kita membantu hati kita membersihkan dirinya dengan cara detoks agar fungsi hati menjadi lebih berkesan. 


Bagaimana Meningkatkan Fungsi Hati?

Terdapat 2 cara yang berkesan untuk meningkatkan fungsi hati iaitu :


1. Pencegahan dengan antioksidan

Menurut kajian, pelbagai sel, tisu dan organ (termasuk hati) dalam badan boleh dilindungi daripada kerosakan pengoksidaan yang disebabkan oleh radikal bebas. Keupayaan semulajadi hati untuk tumbuh sendiri semula dapat disokong dengan cara membekalkan tubuh dengan sebatian herba yang mempunyai sifat antioksidan. 

2. Meningkatkan fungsi bendalir hempedu

Sebatian yang membantu mengekalkan aliran hempedu normal dapat menyokong keupayaan semulajadi hati menyingkirkan toksin dari badan. 


Makanan Untuk Memperbaiki Fungsi Hati :


1. DTX Complex Shaklee



DTX Complex membekalkan nutrisi untuk menyokong fungsi hati yang sihat menggunakan formulasi herba yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat.

Kandungan khas DTX Complex adalah ekstrak biji milk thistle, cendawan Reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat.


Fungsi Kandungan DTX Complex :

i. Ektrak Biji Milk Thistle



Milk thistle ini adalah herba yang biasa digunakan untuk rawatan masalah berkaitan hati, jaundice, hepatitis dan masalah pundi hempedu.

Fungsinya secara am:
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia 
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alcohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema
Selain itu, milk thistle juga dikatakan dengan kesihatan jantung kerana boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Ia juga membantu pesakit diabetis type 2.


ii. Artichoke



Artichoke berfungsi untuk membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu.


iii. Dandelion


Dandelion berfungsi merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati dan membantu mengatasi masalah sembelit


iv. Kunyit


Kunyit mengandungi curcumin iaitu sejenis antioksidan dan boleh membantu mengurangkan  keradangan dan kesakitan.

v. Reishi mushroom (Ling Zhi)



Reishi mushroom berfungsi membina imuniti, mengurangkan kelesuan dan mengurangkan masalah resdung

vi. Schizandra



Schizandra berfungsi dalam merangsang sintesis protein dan memperlahankan pembentukan toksin


Bagaimana DTX Complex Berfungsi?

Gabungan unik herba-herba dalam DTX Complex membantu menyokong kesihatan dan fungsi hati melalui 2 cara:

1. Ekstrak biji milk thistle, chinensis Schizandra dan cendawan Reisi mempunyai sifat antioksida tinggi, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat merangsang sintesis protein untuk membaiki sel hati dan pertumbuhan semula.

2. Dandelion, kunyit dan ekstrak artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong hempedu yang diperlukan untuk memproses sebatian toksik daripada badan.


Antara testimoni pengguna DTX Complex :









2. Vivix

Vivix merupakan gabungan botani yang mempunyai fungsi antioksidan yang sangat tinggi. Pengambilan vivix secara konsisten boleh membantu meningkatkan fungsi hati dengan efektif. Ia juga membantu detoks badan kita untuk mengurangkan toksin dalam badan sekali gus membantu badan menyerap nutrien lain dengan baik. Baca di sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai vivix.


Sekiranya anda mempunyai masalah hati, jangan biarkan ia berlarutan. Kesihatan anda sangat berharga berbanding wang ringgit. Bertindaklah sekarang!

Boleh hubungi saya, Bazilah di :

WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life

Blog : towardsqualitylife.blogspot.my
ID : 1251677



1 comments:

Write comments