Normalkah Mempunyai Benjolan Pada Ketiak Ketika Hamil Dan Bagaimana Mengatasinya?

Tempoh kehamilan penuh dengan kejutan, apalagi bila mendapati ada benjolan pada ketiak, kerana menganggap ia adalah petanda kanser. Segelintir ibu hamil mengalami benjolan yang makin membesar pada kedua-dua belah ketiak. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh keradangan, jangkitan atau lebih parah lagi, kanser! Namun, jangan panik dan stress sehingga anda mendapat bukti yang kukuh, kerana stress juga boleh mengganggu kehamilan. 



Adakah anda ibu mengandung yang mempunyai benjolan pada ketiak? Awas, kenalpasti sama ada ia berbahaya atau tidak. Ketahui penyebab benjolan tersebut tumbuh di situ ketika ibu sedang hamil dan cara menghilangkan benjolan tersebut dengan selamat.


Punca Timbulnya Benjolan Pada Ketiak 

Sebelum anda membuat kesimpulan mengenai benjolan yang timbul di saat anda mengandung, semak dulu kemungkinan punca perkara ini berlaku:

1. Jangkitan bakteria 

Ia mungkin timbul ketika anda mencabut bulu ketiak dan tidak mementingkan kebersihan. Bakteria berkemungkinan masuk ke dalam tubuh melalui folikel atau pori-pori kulit.

2. Jangkitan virus

Benjolan boleh juga berlaku kerana jangkitan virus seperti Herpes, AIDS dan juga cacar air. Kelenjar getah benign ini berfungsi menangkap virus yang masuk ke dalam tubuh supaya ia tidak tersebar ke seluruh tubuh. 

3. Lipoma

Benjolan di ketiak juga berkemungkinan disebabkan deposit antara otot dan lemak dan kebiasaannya tidak berasa sakit. 

4. Reaksi alergi

Mereka yang mempunyai alergi atau alahan pada ubatan tertentu seperti penisilin, vaksin tifoid dan ubat cacar boleh menyebabkan timbulnya benjolan pada ketiak

5. Mencukur bulu ketiak 

Mencukur bulu ketiak secara tidak teratur juga boleh mengakibatkan timbulnya pembengkakan pada kelenjar getah benign pada ketiak


Apa Yang Sebenarnya Berlaku?


Tisu payudara mula berkembang semasa minggu keempat kehamilan. Ketika seseorang mengandung, tisu payudara seseorang sebenarnya boleh melebihi apa yang kita kenal sebagai payudara.

Rujuk gambar di bawah. Tisu payudara meliputi kawasan dari ketiak ke bawah dada dan perut, hingga ke pangkal peha dalam dua garis.

Image result for milk line humans
Garisan susu oleh tisu payudara [kredit]
Garis-garis ini dikenali sebagai garisan susu. Tisu payudara boleh tumbuh di mana-mana sepanjang garisan ini. Dalam sesetengah kes, ada sejumlah tisu payudara luar biasa tumbuh di bahagian ketiak.  Tisu ini dipanggil Hyperadenia, atau kehadiran lebihan tisu payudara tanpa puting susu. Semasa kehamilan, payudara akan membuat persediaan untuk menyusukan. Tisu ini membentuk kelenjar susu dan membesar seperti tisu lain membesar semasa kehamilan. Pembesaran inilah yang menyebabkan benjolan pada ketiak.

Bagaimana Pastikan Benjolan Bukan Kanser?

Antara tanda benjolan itu kanser adalah ciri-cirinya yang bersifat ketulan yang keras, kekal dan/atau tidak bergerak atau tidak boleh dipindahkan. Sekiranya benjolan tersebut lembut, boleh dilihat dengan mudah dan/atau mempunyai benjolan yang sama pada bahagian yang sebelah lagi, ia mungkin bukan kanser, tetapi anda masih perlu memeriksanya.

Beritahu jururawat atau doktor yang merawat anda untuk mereka mengenalpasti apakah jenis benjolan yang timbul.


Omega Guard Mengurangkan Bengkak Dan Benjolan Pada Ketiak

Sekiranya anda masih berasa kurang selesa dengan benjolan ini dan ingin menghilangkannya dengan cara yang selamat tanpa mengganggu perkembangan bayi dan kesihatan anda, pengambilan Omega Guard Shaklee dapat membantu.




Omega Guard kaya dengan kandungan omega-3 yang diambil dari ikan air laut dalam melalui penyulingan berperingkat sebanyak 3 kali bagi menjamin ketulenannya dan bebas dari pencemaran air. Ia mengandungi kandungan DHA dan EPA yang tinggi yang boleh membantu mengurangkan bengkak pada ketiak kerana sifatnya yang anti keradangan, selain bagus untuk perkembangan otak bayi.

Selain itu, ia juga boleh membantu memecahkan lemak pada ketiak dan menyurutkan benjolan yang timbul di situ.

Semoga artikel ini mampu merungkai teka-teki anda berkaitan benjolan yang timbul pada ketiak. Untuk membeli, boleh klik sahaja di sini :



Atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, Bazilah di :

WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.my
ID : 1251677