Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Cara Semulajadi

Saban hari, kerja yang seakan tak pernah habis membuatkan kita rasa lemah tidak bertenaga terutamanya pada penghujung hari. 24 jam dirasakan tidak cukup. Ada sahaja perkara yang harus disiapkan, namun badan dah tak larat dan kelesuan. Ada baiknya kita baca tips untuk kekal bertenaga sepanjang hari dengan cara yang selamat dan semulajadi.




Kurang tidur, terlalu banyak minum kopi, kurang bersenam, stress dan anemia adalah antara penyebab badan keletihan, kepenatan, kelesuan dan kurang bertenaga. Semua faktor ini harus dielakkan bagi memastikan badan sentiasa bertenaga dan dapat membuat kerja dengan lebih efektif dan produktif.

Setelah mengetahui punca kurang tenaga, barulah kita dapat atasi masalah ini dengan ikuti tips ini pula.


Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari


1. Kawal tekanan dan stress

Stress sebenarnya menyebabkan otak anda menggunakan lebih tenaga daripada biasa. Cuba untuk bertenang dengan beribadah atau meditasi, bercakap dengan orang lain dan keluar menghirup udara segar untuk mengelakkan stress.


2. Kurangkan beban kerja

Beban kerja yang banyak memerlukan seseorang menggunakan banyak tenaga dan menjadi cepat penat. Setkan prioriti anda supaya dapat lebih fokus kerja yang mana perlu disiapkan dahulu. Rancanglah jadual kerja anda sebaiknya dan minta pertolongan orang lain sekiranya perlu.


3. Lakukan senaman

Senaman dapat membantu memberi tenaga kepada sel dan membantu badan mendapat oksigen yang secukupnya. Selain itu, ia membantu badan menghasilkan hormon epinephrine dan norepinephrine yang membantu badan lebih bertenaga.


4. Makan makanan yang mengandungi rendah indeks glisemik

Makanan yang kurang indeks glisemik bererti makanan tersebut ditukarkan kepada tenaga secara perlahan-lahan. Ini membantu badan bertahan lebih lama. Antara makanannya ialah bijirin penuh, sayuran yang berserat tinggi dan kekacang. Pengambilan karbohidrat komplex juga boleh membantu mengekalkan tahap gula dalam darah dan kestabilan tenaga.


5. Minum air secukupnya

Air sangat penting untuk mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi. Kekurangan air juga menjadi sebab badan menjadi lemah kerana tenaga dari makanan tidak dapat disalurkan dengan baik.


6. Dapatkan tidur yang cukup

Semasa tidur, sel akan menghasilkan dan melepaskan protein penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu. Kurang tidur boleh menyebabkan kurang konsentrasi, perubahan mood dan melemahkan fungsi imun.


7. Makan makanan yang kaya dengan zat besi

Zat besi diperlukan untuk penghasilan tenaga daripada glukosa, bahan utama untuk otak dan badan. Makanan kaya zat besi termasuklah ikan, ayam, daging, telur, roti gandum, bijirin, kekacang dan sayuran hijau.


8. Tingkatkan pengambilan vitamin B

Vitamin B penting untuk menyediakan badan dengan karbohidrat, protein dan lemak. Makanan yang kaya dengan vitamin B termasuklah bijirin penuh, daging, ayam, ikan salmon, susu, telur dan sayuran hijau. Lebih baik lagi jika anda menyambil vitamin B complex.


9. Tingkatkan pengambilan magnesium 

Magnesium adalah antara nutrien anti-stress dan terdapat di dalam makanan semulajadi yang tidak diproses seperti tauhu, kekacang, gandum dan sayuran hijau.


10. Ambil spirulina

Hidupan algae air tawar ini kaya dengan vitamin B, C dan D serta magnesium, besi, zink dan beta-karotena yang bagus untuk fungsi imun yang kuat.



Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Nutrisi Dari Supplemen Semulajadi



Selain makanan yang kita ambil seharian, kita juga boleh memilih untuk mengambil makanan tambahan untuk memastikan lompong-lompong nutrien dari makanan dapat dipenuhi. Pastikan supplemen yang anda ambil dijamin selamat dan diperbuat dari bahan semulajadi untuk mengelakkan kesan sampingan dalam jangka panjang.


Shaklee menawarkan produk-produk dari bahan semulajadi yang dijamin selamat dan berkesan walau diambil dalam jangka masa yang panjang, jika betul cara penggunaannya.


Antara produk-produk Shaklee yang boleh membantu mengekalkan tenaga harian kita adalah :


1. Performance Drink

Ia adalah minum isotonik tanpa gas yang akan mengekalkan tahap elektrolit di dalam badan. Dengan itu, badan akan kekal terhidrat dan tidak mudah kehausan mahupun keletihan.


2. Vita-lea Iron Formula

Ia mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA serta diformulasikan secara komprehensif dan seimbang. Kandungan vitaminnya termasuklah zat besi (iron), 5 jenis vitamin B dan magnesium yang membantu dalam memberikan tenaga seperti dinyatakan di atas. Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk spirulina yang membuatkannya berwarna hijau.


3. B-Complex

Ia mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. B Complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga untuk mengatasi masalah keletihan dan kelesuan. Ia juga membantu melawan tekanan dengan meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Selain itu, vitamin B Complex Shaklee membantu mencegah anemia dengan membantu pembentukan darah merah yang sihat dan antibodi. Oleh kerana vitamin B adalah vitamin yang larut air dan lebihannya tidak akan disimpan dalam badan, sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan, maka sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-komplex setiap hari.

4. Energizing Soy Protein (ESP)

Kandungan indeks glisemiknya rendah, iaitu hanya 39. Ini bermakna makanan akan ditukarkan kepada tenaga secara perlahan-lahan dan membantu mengekalkan tenaga badan dengan lebih lama. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau bersama air kegemaran anda selain yang mengandungi kafein. Jika diambil bersama susu dan kurma akan memberikan tenaga segera untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

5. Vivix

Ia membantu menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitkondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel. Kandungan antioksida yang tinggi di dalam vivix juga mengelakkan sel-sel badan dari rosak akibat pengoksidaan yang menjadi antara punca badan menjadi lemah dan lesu.


6. CoQTrol

Ia adalah kombinasi polifenol dan CoQ10. Polifenol berfungsi meningkatkan kuantiti mitokondria dalam badan supaya lebih banyak tenaga dihasilkan. CoQ10 pula berfungsi memandu penghasilan tenaga sellular dari makanan yang kita ambil. Ia bertanggungjawab dalam penghasilan tenaga dalam setiap sel. CoQ10 bertindak sebagai 'spark plug' dalam penghasilan tenaga dengan menukarkan makanan kepada tenaga (ATP). Selain memberikan tenaga berpanjangan, ia juga membantu dalam melancarkan peredaran darah, kecantikan kulit, tingkatkan daya ingatan dan kesuburan.


Mari kita saksikan testimoni dari Asmida Fazeli yang bekerja selama 10 jam sehari namun kekal bertenaga setelah mengambil produk Shaklee..





Kesibukan hidup seharian kadangkala membuatkan kita tidak sempat untuk memikirkan apa dan bagaimana mendapatkan makanan berkhasiat yang seimbang untuk memastikan tenaga berkekalan dan tidak mudah letih. Jadi, di sinilah pengambilan supplemen sangat membantu memudahkan kerja kita.

Klik di sini untuk membeli..


Perlukah anda membeli semuanya? Hubungi saya, saya akan bantu anda membuat pilihan yang terbaik mengikut keadaan anda.

Bazilah
ID : 1251677
012-6830069