Radang Usus : Kenali Faktor Risiko, Tanda, Komplikasi Dan Cara Atasinya


Apakah Radang Usus?


Radang Usus atau Inflammatory Bowel Disease (IBD) juga dikenali sebagai ulcerative colitis. Ia terjadi apabila saluran pencernaan seseorang terutamanya lapisan dalam usus besar dan rektum mengalami keradangan dan luka lama (ulser). Walaupun penyebab sebenar penyakit radang usus ini masih tidak ketahui, tetapi salah satu penyebabnya adalah apabila sistem imun seseorang mengalami kerosakan. 

Image result for ulcerative colitis

Apabila diserang bakteria atau virus, tindak balas imun yang tidak normal bukan hanya melawan virus atau bakteria ini, malah juga menyerang sel-sel di saluran penghadaman. 


Faktor-faktor Risiko Radang Usus (IBD) :


1. Umur
Walaupun ia boleh berlaku pada sebarang umur, kebanyakan pesakit mengalami radang usus ketika berumur 30 tahun ke bawah. Namun, ada juga mereka yang mengalami penyakit ini selepas 60 tahun.

2. Sejarah keluarga
Mereka yang mempunyai keluarga terdekat yang menghidap penyakit ini lebih terdedah kepada risiko untuk mendapatkannya.

3. Etnik atau bangsa
Ia boleh berlaku pada semua etnik atau bangsa, namun mereka yang berkulit putih lebih berisiko tinggi.

4. Merokok. 
Mereka yang merokok lebih terdedah kepada risiko mendapat radang usus.

5. Penggunaan ubatan anti radang tanpa steroid.
Ubatan seperti ibuprofen, naproxen natrium dan natrium diclofenac boleh meningkatkan lagi risiko mendapat IBD.

6. Tempat tinggal.
Mereka yang tinggal di kawasan perindustrian lebih cenderung untuk mendapat ulcerative colitis ini. Faktor alam sekitar dan diet tinggi lemak juga berkemungkinan menjadi penyebab penyakit ini.


Tanda-tanda Dan Gejala Pesakit Radang Usus (IBD):


Tanda yang biasa dialami oleh pesakit radang usus adalah cirit-birit dan sakit pada abdomen sebelah kanan. Simptomnya yang seperti sakit perut biasa menyebabkan pesakit tidak dapat mengesannya dari awal.  Ia berbeza pada orang lain bergantung kepada tahap radang yang dialami dan di mana ia berlaku. Antara tanda lain yang dialami adalah :




Komplikasi Penyakit Radang Usus (IBD)

IBD boleh menyebabkan pendarahan dari ulser dan usus tembus atau pecah. Ia boleh mempengaruhi organ lain di luar salur penghadaman sepertu hati, kulit, mata dan sendi. Penggunaan ubat steroid untuk mengurangkan radang berisiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi, osteoporosis dan kencing manis. Dalam jangka masa yang lama, pesakit berisiko mendapat kanser kolon dan mengancam nyawa. Komplikasi lain yang mungkin berlaku termasuklah :



Rawatan Penyakit Radang Usus (IBD) :


Kebiasaanya, rawatan yang doktor sarankan adalah untuk meredakan gejala yang timbul, mengelakkannya dari berulang semula atau mengurangkan risiko komplikasi yang mungkin terjadi.  Antaranya :

1. Memberi ubat steroid seperti Prednisolone untuk mengurangkan gejala IBD. Namun, ia tidak boleh diambil dalam jangka masa panjang kerana berisiko mendapat jerawat, katarak, tulang reput akibat osteoporosis dan muka menjadi bentuk bundar akibat bengkak (moon face).

2. Memberi ubat Mesalazine untuk mengawal IBD.

3. Memberi ubat Immunosuppression untuk mengurangkan tindakan sistem imun. Ubat ini memakan masa yang agak lama untuk bertindak dan pesakit berisiko mendapat jangkitan kuman.

4. Memberi antibiotik seperti mitronidazole dan ciprofloxacin untuk merawat IBD ringan. Namun, ia tidak berkesan untuk menstabilkan penyakit IBD.

5. Pembedahan. Jika ubatan tidak membantu, prosedur pembedahan perlu dilakukan, terutamanya jika doktor mendapati terdapat tanda-tanda kanser berlaku.


Walaubagaimanapun. terdapat supplemen yang boleh membantu gejala radang usus, atau ulcerative colitis ini, iaitu :

VIVIX

Vivix merupakan supplemen yang tinggi kandungan antioksida bertindak membaiki dan melindungi sel-sel usus daripada terus rosak akibat pengoksidaan. Ia boleh membantu mempertahankan dan mengawal genetik dengan melambatkan penuaan tahap sellular. Oleh itu, ia membantu melambatkan inflamasi atau radang yang berlaku pada usus. Selain itu, ia membantu memberi tenaga kepada sel usus dan menggalakkan penghasilan sel usus yang baru. Kandungan polifenol yang tinggi di dalam vivix juga boleh membantu meningkatkan prestasi sel usus agar dapat menjalankan aktivitinya dengan normal. Lebih menguntungkan, ia juga bertindak menyokong sistem imun pesakit IBD.


Masalah gangguan sistem penghadaman akibat radang usus atau IBD ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan memberikan impak yang negatif sekiranya dibiarkan melarat begitu sahaja. Tentunya mendapatkan kesihatan yang optimum tidak ternilai berharganya berbanding wang ringgit. 

Jangan tunggu lagi, hanya 1 klik untuk dapatkan vivix anda sekarang!


Atau hubungi saya di 012-6930069.