15 Tips Atasi Edema (Bengkak Kaki) Semasa Mengandung 7 bulan

Edema adalah istilah perubatan yang dimaksudkan oleh pembentukan cecair di dalam tisu. Semasa kehamilan, badan anda menghasilkan lebih banyak darah dan cecair badan untuk mengekalkan kesihatan bayi yang sedang membesar. Kerana itulah, edema biasa berlaku pada wanita mengandung. 



Cecair yang berlebihan ini boleh terjadi pada tangan, muka, kaki, pergelangan tangan dan pergelangan kaki. Ini yang menyebabkan bengkak dan  ketidakselesaan. Namun, di sini saya kongsikan tips untuk mengurangkan edema atau bengkak anda.


Tips Atasi Edema Semasa Mengandung



1. Elakkan menggunakan tapak kaki dengan kerap.

Berdiri atau duduk dengan keadaan tapak kaki yang rata di atas lantai boleh memburukkan lagi edema kerana tekanan yang meningkat pada urat akan menghalang darah untuk kembali ke jantung. Elakkan berdiri atau duduk dengan tapak kaki di lantai untuk jangka masa yang panjang. Sekali sekala cuba untuk duduk berehat dan putarkan kaki dan pergelangan kaki untuk membantu peredaran cecair di kaki.

Pastikan anda memakai kasut yang selesa.
Kasut yang terlalu ketat atau kasut tumit tinggi boleh menyebabkan edema menjadi lebih teruk dan memberikan ketidakselesaan.


2. Tinggikan sedikit kaki ketika berehat.

Semasa anda sedang baring, anda boleh meletakkan alas seperti bantal kecil atau tuala pada bawah kaki untuk membantu peredaran darah dan cecair.


3. Memakai compression socks

Compression socks atau stoking mampatan juga membantu meningkatkan aliran darah dan cecair di kaki. Terdapat variasi dalam tekanan pada stoking berkenaan. Pilihlah yang sesuai dengan tahap edema anda.



4. Pakai pakaian yang longgar dan selesa.

Pakaian yang ketat di sekitar pergelangan tangan, lengan dan kaki akan menambahkan lagi rasa ketidakselesaan akibat edema. Pakai pakaian yang longgar boleh membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan ini dan memudahkan anda bergerak. Seeloknya, pakailah pakaian yang dikhaskan untuk ibu hamil.

Pilihlah pakaian bertekstur sejuk, longgar dan lembut seperti kain kapas bagi mengelakkan berpeluh dan kepanasan yang akan memburukkan lagi edema anda.


5. Urut bahagian yang terjejas.

Terdapat beberapa kajian yang mendapati urutan dapat membantu mengurangkan edema ketika mengandung. Urutlah di bahagian yang mengalami edema sama ada dibuat sendiri atau menggunakan perkhidmatan pakar di pusat urutan profesional.

Tekankan bahagian yang terjejas dengan pergerakan ke arah jantung untuk membantu aliran cecair semula ke jantung. Pastikan tekanan yang digunakan tidak mengakibatkan kesakitan.


6. Elakkan aktiviti luar ketika cuaca panas.

Cuaca yang panas dan pendedahan kepada cahaya matahari boleh memburukkan lagi edema. Carilah tempat untuk berteduh atau pergi ke tempat yang lebih nyaman untuk mengurangkan kesakitan akibat edema.


7. Berenang atau berehat di kolam.

Berenang boleh merendahkan suhu badan dan mengurangkan tekanan pada bahagian sendi. Ia membantu peredaran darah dan cecair dalam badan yang akan membantu mengurangkan edema dan bengkak.

Sekiranya tidak pandai berenang, cukup sekadar hanya terapung di atas air atau berjalan di dalam air.


8. Gunakan cold pack pada bahagian yang bengkak.

Suhu yang sejuk akan mengurangkan peredaran darah badan bahagian yang terjejas dan mengurangkan bengkak. Anda boleh meletakkan cold pack pada bahagian yang bengkak secara berselang-seli selama 10-15 minit, setiap 2 jam atau apabila perlu.

Pastikan alas cold pack dengan kain atau tuala bagi mengelakkan kerosakan kulit.


9. Tidur dalam persekitaran yang selesa dan dingin.

Sebaiknya tidur di dalam bilik yang selesa, dingin dan mempunyai sistem ventilasi yang baik. Tidur pada bahagian kiri dikatakan sebagai posisi yang akan mengurangkan tekanan pada vena kava, salur darah yang menyalurkan darah dari bahagian bawah badan ke jantung. Ini akan membantu mengawal edema.

Untuk optimumkan kondisi tidur, setkan suhu antara 15.6 - 23.9℃. Gunakan kipas atau buka tingkap untuk peredaran udara yang baik. Gunakan cadar yang diperbuat daripada fabrik semulajadi seperti kain kapas untuk pastikan suhu bersesuaian agar dapat membantu mengurangkan risiko edema.


10. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan.

Garam yang berlebihan menyebabkan pengumpulan air. Keperluan garam untuk wanita hamil adalah 3000mg. Jadi, pastikan anda tidak mengambilnya lebih bagi memastikan edema tidak menjadi bertambah teruk.

Elakkan dari mengambil makanan yang diproses kerana ia mempunyai kandungan garam yang agak tinggi. Sebaliknya, ambillah makanan yang mempunyai kandungan potasium yang tinggi seperti pisang, apricot, oren dan keledek untuk menyingkirkan garam yang berlebihan.


11. Minum banyak air.

Walaupun nampak biasa, tetapi dengan memastikan badan sentiasa terhidrasi adalah cara terbaik untuk menyingkirkan cecair yang berlebihan pada bengkak akibat edema.

Cuba cukupkan untuk minum air 10 cawan sehari, bersamaan 2.3 liter atau lebih sekiranya anda aktif dan memerlukannya. Elakkan pengambilan gula berlebihan seperti minuman sisa berkarbonat dan air jus yang telah diproses.


12. Pastikan sistem penghadaman berjalan lancar.

Pergerakan usus yang teratur turut membantu menyingkirkan garam dan air berlebihan daripada sistem tubuh yang membantu anda mengawal edema.

Makan makanan yang tinggi kandungan serat untuk menyingkirkan garam dan air ini. Ambil 20 - 35 mg serat sehari dari sumber yang larut dan tidak larut. Serat larut adalah seperti oat, epal dan kekacang. Serta tidak larut adalah seperti nasi, brokoli, zucchini, pihak merah dan kale.

Senaman yang teratur juga membantu sistem penghadaman anda kerana usus menjalankan aktivitinya dengan lancar.


13. Bersenam dan kerap bergerak.

Senaman kardiovaskular boleh membantu peredaran darah dan penyingkiran cecair berlebihan akibat edema. Cuba sekurang-kurangnya bersenam selama 30 minit sehari seperti berjalan dan berbasikal.


14. Dapatkan nasihat doktor.

Jika gaya hidup dan rawatan di rumah tidak membantu anda mengatasi edema, rujuklah doktor kerana mungkin terdapat risiko seperti preeklamsia yang memerlukan pengambilan ubatan untuk menyingkirkan lebihan cecair.

Jika anda dapati bengkak makin membesar, ia mungkin antara tanda masalah tekanan darah tinggi atau preeklamsia yang memerlukan rawatan lanjut.

Selain itu, lihat juga sama ada anda mempunyai sakit kepala yang tidak reda dengan berehat, loya dan muntah-muntah atau sakit yang melampau pada bahagian atas kanan perut. Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika masalah ini berlaku.


15. Pengambilan makanan tambahan atau supplemen.

Supplemen magnesium, B complex dan Omega 3 berupaya membantu mengurangkan bengkak pada kaki atau bahagian lain akibat edema.

Dalam Shaklee, produk yang dapat membantu masalah edema adalah :

1. Ostematrix Shaklee


Ia mengandungi magnesium, mineral penting dalam mengimbangkan reaksi biokimia dalam badan. Ia boleh membantu mengelakkan lebihan air berkumpul pada sel dan mengurangkan bengkak kaki akibat edema.

2. B Complex Shaklee


Kandungan vitamin B1, B5 dan B6 di dalamnya juga membantu menghalang perngumpulan air pada sel. Ia akan menyingkirkan lebihan garam dalam badan dan membantu melancarkan aliran darah.

3. OmegaGuard Shaklee


Kandungan Omega 3 dalam OmegaGuard mempunyai fungsi anti radang yang akan mengurangkan bengkak akibat edema. 

Ibu hamil yang mengalami bengkak kaki atau edema ini tentu berasa sulit mengharungi hari-hari dalam tempoh kehamilan. Permudahkan urusan anda. Ikuti tips-tips di atas atau jika ingin membeli supplemen Shaklee, hubungi saya.