Jeragat dan Pigmentasi; Kenali Puncanya dan Bagaimana Mengatasinya Dengan Berkesan

Ramai yang confuse antara jeragat dengan pigmentasi. Sebelum kita kenal apa punca yang menyebabkan terjadinya jeragat mahupun pigmentasi, dan bagaimana cara mengatasinya secara semulajadi, lebih baik kita kenal dahulu perbezaan antara keduanya.

Apa perbezaan antara jeragat dan pigmentasi?


Jeragat atau dikenali sebagai freckles terjadi disebabkan faktor keturunan yang dialami sejak kecil atau remaja. Ini bermakna tompok-tompok gelap itu dipanggil jeragat. Ia adalah bintik-bintik halus berwarna coklat dan keperangan-perangan. Jika selalu terdedah pada cahaya matahari, kulit akan bertambah gelap serta dikhuatiri akan menjadi melasma (pigmentasi bertompok).

Jeragat, age spot, sun spot
Pigmentasi yang kelihatan bertompok atau juga dikenali sebagai melasma berpunca dari kerosakan kulit akibat dari penggunaan produk yang mengandungi bahan pemutih dan pengelupasan seperti merkuri, hidrokuinon dan asid salisilik.

Apabila digunakan secara berterusan, ia akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan sangat sensitif terhadap pancaran matahari. Apabila kulit menjadi nipis dan semakin berumur (tua) ia tidak mampu lagi menghasilkan pigmen kulit yang baru. Oleh itu pigmen kulit lama yang telah mati dan tidak dapat diperbaharui akan kelihatan hitam dan bertompok-tombok pada kulit wajah dan semakin banyak.

Itulah sebabnya kenapa pigmentasi yang pada asalnya hanya sedikit sahaja di permukaan wajah, tetapi kemudiannya boleh merebak dan menjadi besar jika tidak dibuat apa-apa tindakan untuk mencegahnya.

Faktor lain yang boleh menyebabkannya berlaku adalah seperti kehamilan, pemakanan, pengambilan pil perancang, ketidakseimbangan hormon dan terdedah kepada sinaran UV secara berterusan.

Ini merupakan salah satu masalah yang sering terjadi kepada sebahagian besar wanita Asia, terutamanya mereka yang berusia lebih 30 tahun, iaitu PIGMENTASI.

Contoh pigmentasi yang teruk dan berkumpul di satu kawasan sahaja

Bagaimana Mengatasi Pigmentasi Dengan Berkesan?


Bagi kulit kita orang Asia, sudah tentu kena gunakan produk yang sesuai untuk kulit orang Asia untuk mendapatkan kesan yang optimum. Produk yang akan saya perkatakan ini dibuat daripada bahan yang semulajadi, tiada bahan kimia yang berbahaya dan semestinya tidak bertoksik!

Inilah dia..

Nutriwhite Spot Whitening Treatment


Kenapa NUTRIWHITE SPOT WHITENING TREATMENT ini istimewa?


Ia mengandungi 3 bahan utama yang mampu mengelakkan merawat kulit daripada pigmentasi, iaitu :

1) Likuoris (bahan utamanya adalah Glycyrrhizin, Glabridin dan Liquiritin)
2) Peony
3) Cats Claw


Likuoris

Ia merupakan ekstrak cecair daripada akar tumbuhan Glycyrrhiza glabra, digelar sebagai "akar manis", 30-50x lebih manis daripada gula. Ramuan aktifnya ialah glycyrrhizin yang membantu dalam merawat gastrik dan digunakan sebagai perasa makanan dan minuman. Likuoris mengandungi 2-9% kandungan glycyrrhizin.

Glycyrrhizin bersifat anti-radang kerana ia mampu 'menyamar' menjadi kortisol (hormon steroid yang dirembeskan oleh sel apabila badan dalam keadaan stres). Oleh itu, bila ada glycyrrhizin, secara tidak langsung, badan akan mengenalinya sebagai kortisol dan akan bertindak sebagai anti-radang.

Pada tahun 2003, likoris digunakan secara topikal. Melalui kajian klinikal yang dijalankan terhadap lebih 100 orang, kesan gel likuoris terhadap pesakit dermatitis (eczema) diperhatikan. Setelah 2 minggu, kemerahan, bengkak dan gatal-gatal mula berkurang. Kajian tersebut mendapati bahawa likuoris boleh dijadikan sebagai herba yang efektif terhadap rawatan sakit eczema. Sebab itulah, apabila likuoris digunakan untuk kecantikan, ia mampu menghalang radang pada kulit.



Hasil kajian oleh King's College London dan Tabriz Medical Science University menemui bahawa glycyrrhizin boleh membantu kemasukan bahan-bahan aktif lain ke dalam kulit. Ia lebih efektif apabila berada dalam bentul gel berbanding dalam bentuk losyen ataupun krim.



Oleh kerana Nutriwhite Spot Treatment adalah dalam bentuk gel, dari sini kita tahu bahawa glycyrrhizin yang terdapat dalam likuoris akan membantu kemasukan bahan-bahan aktif lain ke dalam kulit agar menjadi lebih berkesan dan sangat efektif dalam melindungi kulit.


Likuoris juga mengandungi glabridin. Glabridin ialah sejenis phytoestrogen, iaitu sebatian tumbuhan yang diperolehi melalui aktiviti biologi yang setanding dengan hormon estrogen manusia. Estrogen merupakan hormon yang merangsang tubuh untuk menghasilkan kolagen dan asid hialuronik bagi memastikan tisu anda sentiasa nampak muda.

Maka, produk yang mengandungi likuoris mampu menggalakkan kulit untuk menghasilkan tisu yang lebih kukuh yang menggalakkan  penghasilan kolagen dan asid hialuronik. Secara tidak langsung, ia bertindak sebagai anti-penuaan.

Selain itu, glabridin juga merencatkan enzim tyrosinase (enzim yang terlibat dalam penghasilan melanin).

Sebelum ini, ramai yang menggunakan hydroquinone sebagai agen pencerah kulit (bagi rawatan pigmentasi), tetapi kini telah DIHARAMKAN kerana ia bersifat karsinogenik.

Jangan risau untuk mencari pengganti, kerana glabridin dari likuoris mampu bertindak sebagai agen pencerah kulit dan mengelakkan UVB daripada mencetuskan pigmentasi dan radang pada kulit.

Dalam likuoris juga ada Liquiritin yang sangat efektif dalam merawat melasma (kulit mengalami tompok-tompok hitam) disebabkan oleh seringkali terdedah kepada cahaya matahari, hamil, hormon, pil perancang dan kosmetik yang bertoksik.

Liquiritin bertindak sebagai agen depigmentasi (mengelakkan pigmentasi). Kajian dilakukan di Pakistan membuktikan bahawa Liquiritin adalah lebih EFEKTIF berbanding hydroquinone.

Peony

Peony

Peony adalah sekuntum bunga yang cantik. Ia merupakan bunga simbolik di China & digelar sebagai QUEEN OF FLOWERS. Ia sering digunakan sebagai dekorasi pada rumah, kuil dan pakaian, Peony mempunyai haruman yang segar, berwarna pastel dan rupa nya seakan-akan bunga ros yang 'fluffy'. Bunga ini tahan lama, bertahan dalam suhu yang sejuk, mekar dan hidup selama beberapa tahun di satu tempat tanpa perlu ditanam semula.

Peony mempunyai bahan anti-bakteria, iaitu 'Paeonol' dan ini menjadikan dirinya berfungsi sebagai anti-radang dan anti-fungi untuk merawat radang kulit. Akar Peony mempunyai bahan kimia semulajadi iaitu 'Paeoniflorin' yang berperanan sebagai anti-oksidan. Ekstrak akar Peony seringkali digunakan sebagai ramuan untuk menyegarkan dan melegakan kulit.

Ekstrak Peony juga telah berkurun lama digunakan dalam bidang perubatan sebagai penggalak Mikrosirkulasi (Microcirculation). Mikrosirkulasi (Microcirculation) bermaksud pergerakan darah di dalam salur darah yang kecil.

Maka, apa pentingnya Mikrosirkulasi (Microcirculation)?

Bila pergerakan darah berjalan dengan baik, oksigen juga turut bertukar ganti dengan galaknya di antara sel dan salur darah. Maka ia dapat mengelakkan tanda-tanda penuaan awal. Oleh itu, proses ini akan mencantikkan kulit dengan membekalkan khasiat pada kulit dan mempercepatkan proses detoks pada sel kulit.

Jadi, apa bonus kita dapat kat sini? 

MENGELAKKAN PIGMENTASI (SPOTS)!!!

Cats Claw


Tumbuhan ini datangnya dari Hutan Hujan Peru (Amazon). Kini, ia juga terdapat di USA. Ada 2 jenis yang biasa digunakan di Utara Amerika dan Eropah, iaitu Uncaria guianensis (merawat luka) dan Uncaria tomentosa (perubatan dan supplemen). Kajian terhadap Cats Claw telah dilakukan sejak 1970. Antara kajian yang telah dilakukan ialah:

1. Cats Claw mampu memperbaiki DNA yang telah rosak.

2. Ekstrak Cats Claw menggalakkan pembaikian DNA pada kulit dan mengelakkan radang kulit.

Bahan penting dalam Cats Claw ialah Alkaloids (pada batang dan akar). Salah satu alkaloid yang paling aktif ialah ISOPTEROPODIN (Isomer A) yang berfungsi sebagai anti-oksidan untuk melindungi tubuh (kulit) daripada radikal bebas. Kajian terhadap Cats Claw juga mendapati bahawa ia mampu melindungi dan memperbaiki DNA yang rosak atau mati akibat sinaran UV.

Bagaimana Menggunakan Pen Nutriwhite Spot Whitening Treatment ini?

1. Pusing tombol pen
2. Buka penutup
3. Tekan dengan segera, kemudian tutup semula segera (Tekan 1/2 atau 1 kali sudah memadai)
4. Sapu di kawasan yang ada spot/pigmentasi/bekas jerawat/jeragat


** Kenapa perlu tekan segera? Kerana, semua kandungannya merupakan anti-oksidan yang kuat. Jika lambat, gel tersebut akan teroksida atau mengeras dan berwarna kekuningan.

Berminat mahu mengatasi masalah pigmentasi dengan segera?

Klik di sini :


** Kandungan page ini didapati daripada hasil nota saya belajar dalam group kami. Kredit kepada Cikgu Zyda yang memberikan maklumat yang sangat lengkap ini,

Sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee seperti saya untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan ingin mendapatkan info-info yang lebih menarik, klik di sini :


Boleh juga hubungi saya terus untuk mendapatkan konsultasi secara percuma..

Klik sahaja di sini :

www.wasap.my/60126830069